Tuesday, January 7, 2020

Kembara Tanah Suci 2019 (Hari ke 7 bertolak ke Madinah)



Assalamualaikum 


catatan hari ke 7 kami
4 November 2019 (Isnin)
~ Tawaf Wada' dan berangkat ke Madinah~







bersambung lagi hari ke 7 kami di kota mekah....sedih dan sayu sbb ini subuh kami terakhir di masjidil haram....lepas ni kami akan gerak ke madinah ..pada masa yg sama rase teruja dan tak sabar nak melawat kekasih Allah iaitu Rasulullah saw jugak....hari tu kami subuh di aras 2....


lepas subuh...janji dgn laki aku jumpe di pintu masuk dataran kaabah..nak tgk kaabah puas2....





lepas siap sarapan semua....kami susun bag2 diluar bilik utk pekerja hotel angkut masuk dlm bas...dan bergambar terakhir dlm bilik sebelum check out bilik...sob sob sob sedih nyeeeee...




luggage kami yg teratur bersusun menanti pekerja dtg ambil...


kami  berkumpul di lobi jam 7.30pg sebelum melakukan tawaf wada....


my heroes


sebelum pi tawaf wada tu aku turun kat area kafe n tapau zinger burger heheheeh..sedap wehh zinger burger kat sini..


apa itu tawaf wada?

Ia adalah tawaf selamat tinggal atau atau tawaf perpisahan apabila seseorang berniat untuk meninggalkan kota Mekah yang mana safar tersebut melebihi 2 marhalah(81km).

Wajib bagi jemaah haji dan jemaah umrah. Walau bagaimanapun, untuk jemaah umrah ada pendapat ulama bahawa ia adalah sunat, dan ianya tidak termasuk rukun umrah. Saya sendiri lebih cenderung berpegang kepada pendapat ini yang mengatakan hukumnya sunat TETAPI amat menggalakkan jemaah umrah untuk tetap melakukannya sebagai tanda penghormatan kepada Baitullah Ka’bah sebelum pulang ke tanahair. 

Bertawaf seperti biasa dengan niat “Sahaja aku mengerjakan tawaf wada’ tujuh keliling kerana Allah Ta’ala, terimalah ibadah ini wahai Allah”. Wajib dalam keadaan wuduk dan tidak perlu berpakaian ihram atau ke miqat.
Tidak wajib untuk meninggalkan Ka’bah dalam keadaan berundur namun jika seseorang ingin melakukan sedemikian kerana rasa cinta, penghormatan dan pemuliaan kepada Ka’bah maka tidak mengapa.

Perempuan yang haid tidak dibolehkan melakukan tawaf wada’. Sebagai ganti bolehlah berdiri di hadapan pintu Masjidil Haram, beristilam(melambai tangan) dan berdoa. 

kami bergambar kenangan berlatar belakangkan baitullah sebelum melakukan tawaf wada 

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN
Melakukan perkara-perkara dibawah ini akan membatalkan tawaf wada’ dan hendaklah dia mengulanginya sekali lagi.
1. Jarak masa yang terlalu lama antara tawaf wada’ dan bergerak keluar dari Mekah( hendaklah tidak lebih dari 5 jam jarak masa antara keduanya)
2. Mencari-cari orang untuk bersedekah(tidak mengapa bersedekah jika peminta sedekah yang datang sendiri tanpa kita mencari)
3. Melakukan solat hajat, solat taubat dan solat lain kecuali solat sunat tawaf
4. Membeli barang-barang yang tiada kaitan dengan perjalanan ke Madinah( boleh membeli tali2 atau alat kelengkapan untuk beg dan perjalanan)
5. Berlengah-lengah dalam masjid atau berwirid terlalu panjang sehingga menyebabkan jemaah lain bermasalah dan terpaksa menunggu.
6. Membeli belah ( boleh membeli makanan untuk bekalan perjalanan bukan untuk ole-ole)
7. Melakukan solat fardu dalam masjid kecuali telah iqamah.(telah masuk waktu solat ketika hendak menyempurnakan tawaf wada’).

8. Berbaring dan tidur didalam bilik.( tidak mengapa untuk mandi atau menukar pakaian dan sekadar duduk sementara menunggu kenderaan).
9. Membayar hutang yang boleh ditangguhkan.
10. Bergambar (tidak mengapa jika ambil gambar dengan kadar segera, namun ia tetap tidak digalakkan)
11. Melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan perjalanan.(seperti naik clock tower)


mak dan abah yg alhamdulillah sihat2 sepanjang di mekah...cuma batuk2 ajek....



selesai tawaf wada...kami gerak ke safwah tower balik dan menaiki bas menuju ke madinah....perjalanan dijangka ambil mase dlm 5-6 jam jugak....berhenti di rnr utk refresh diri, solat jamak dan makan...


rnr kat tanah arab ni simple2 jek...syg sgt2..pada aku patut di upgrade demi keselesaan semua....bile singgah rnr2 kat sini mmg aku rindu betul rnr kat malaysia....serius ckp 1000kali lagi baik....kalo boleh tahan kencing aku tahan dah hahaahahh....takat wudhu boleh spray2 ajek....aku solat di area solat perempuan belah luar....saje nak merase solat open air mcm ni...


lame kami berhenti kat rnr ni...siap2 jamak solat zuhur dan asar..makan semua...


sempat pekena murtabak arab...sedap!



lepas semua jemaah dah siap solat... mutawif ajak pi makan...alhamdulillah makan kami ditaja oleh mutawifah....ustazah belanja katanye....syukur...moga murah rezeki mutawif dan mutawifah kami sbb rajin belanja mkn sepanjang kami bersama ni....kali ni nasi arabnyer lain sikit...kaler bukan kuning mcm selalu...ade ayam ade ikan....tgk rupe mcm biase2kan...ya Allah sekali rase...sedappppp  weyyyyy!! tak paham aku nape rase sedap lain mcm...hahahaah...


masing2 sabar menanti mase utk ngap....tgu ustaz bace doa laa baru ngap hahahaha



ahli keluarga abd latif ibrahim...


mcm biase laa ..nasi arab sini kering2 ...kuah minta asing kalau nak...dpt lada ngan bawang utk dimkn bersama...ikan die sedap giler...rindu weyy nak mkn ikan...asyek kambing, ayam je kat sini hahaahahah....




eijaz mkn byk jugak nasi arab yg nie....


jenuh nak menyuap budak kuat berjalan ni hahahaah...


tgk org dok syok mkn...die pun join same nak makan sendiri pulak hahahahahah


update entry ni tgk nasi arab tu terliur plak hahaahah


lepas siap makan...kami tgu masuk waktu solat magrib .... jamak siap2 magrib dan isya...ni suasana dlm surau perempuan...


belakang tu surau perempuan...


singgah kedai cari kudap2 sebelum naik bas utk meneruskan perjalanan....budak2 ni nak ais krim plak...


siap sedia utk gerak menyambung perjalanan ke madinah...



eijaz mcm biase laaa..sambung menyambung mengunyah...tu je care nak bagi die diam hahaahaha...


berbaki 2 jam lagi perjalanan...akhirnye kami sampai di madinah...dan terus ke hotel kami...kami stay di rawda al aqiq hotel....



alhamdulillah kami dpt bilik jenis suite...besar dan selesa sgt2....terima kasih el izzah atas pengurusan yg cemerlang...


ni ruang tamu...ade 1 katil jugak di situ...


view dari pintu masuk...pintu yg terbukak tu pintu ke bilik tidur....


ni bilik tidur kami...ade 4 katil dalamnyer...dekat ruang tamu ade 1 katil...so total ade 5 katil lah...


nampak tak dlm almari tu...ade extra toto yg byk...agak2 nak tdo bawah bentang je laa toto tu haahahahah


oh ye kami sampai hotel dlm pukul 9 mlm jugak....masuk bilik, kemas baju ape yg patut...mandi2 lepas tu aku dah tdo layan eijaz....mlm tu akvititi dieorg ke masjid nabawi dan masuk raudhah...aku tak join ...laki aku ngan dayyan pi ikut jemaah lelaki....



seronok dgr dieorg cerita dpt masuk raudhah...ziarah maqam rasulullah saw dengan senang...org tak ramai...lelaki untung dpt tgk dengan suasana yg real...mcm belah perempuan ditutup kanvas...nanti aku share pengalaman masuk raudhah dan dpt solat di saf depan sekali...alhamdulillah....

Masjid al-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبويal-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

Di dalam Masjid Nabawi terdapat satu kawasan yang digelar Raudhah, iaitu satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga berdasarkan hadis Nabi.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya. Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’. Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.
 

Makam Muhammad adalah makam nabi besar Muhammad, di kompleks Masjid Nabawi, Saudi Arabia. Sebelum diperluas, di situ terdapat makam Muhammad yang dahulu dinamakan Masqurah. Setelah masjid ini diperluas, makam Muhammad masuk di dalam bangunan masjid dengan kubah berwarna hijau. Di situ, terdapat empat pintu yang masing-masing dinamakan Pintu at-Taubah di kiblatnya, Pintu ar-Raudhah di barat, Pintu Fathimah di timur, dan Pintu Tahajud di utara. Selain itu, di sini ada pula makam Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab.

Sabda Rasulullah saw, “Barangsiapa pergi haji kemudian ziarah ke maqamku setelah aku wafat maka seakan-akan ia telah mengunjungiku sewaktu aku masih hidup“.

Ibn Umar meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda:  “Barangsiapa mendatangiku untuk berziarah, tidak ada tujuan lain kecuali ziarah (ke maqam) ku maka sungguh menjadi hak bagiku untuk memberikan syafa’at kepadanya” (H.R. ath-Thabarani)

Seseorang yang menziarahi kubur Nabi s.a.w disunatkan mengucapkan salam kepada baginda s.a.w dengan ucapan:

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته ، وصلى الله عليك وعلى آلك وأصحابك

 “Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”
Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain.

1. Rasulullah saw
2. Saidina Abu Bakar
3. Saidina Umar


kedudukan maqam

Menurut riwayat al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq, beliau meminta kebenaran daripada Saidatina Aisyah r.ha untuk melihat maqam Rasulullah saw. Apabila Saidatina Aisyah r.ha membuka bilik tersebut, beliau melihat tiga kubur terletak dalam kedudukan berikut:

* MAQAM RASULULLAH SAW – terletak di hadapan sekali menghadap kiblat

* KEPALA SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A – terletak di belakang bahu Rasulullah saw

* KEPALA SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A – terletak di bahagian kaki Rasulullah saw
*pic dari google*



mcm biase...penutup entry aku semestinye bilangan langkah aku utk hari tersebut....hehehehe...langkah hari ni ni tak byk sgt tapi ada hehehehe....

coretan kenangan aku di mekah dan madinah tinggal beberape entry je lagi...jumpe lagi utk coretan hari ke 8 aku di next entry....in sha Allah...





2 celoteh sahabat

bestnya lieya, mesti masa ko taip tu terbayang teringat rindu suasana kat sana kan....
tengok nasi arab tu macam biasa je tapi kalau dah kata sedap tu memang mungkin sbb lapar atau cara masakan dia tu yg bt sedap....

January 7, 2020 at 10:11 AM

seronoknya Alhamdulillah

January 10, 2020 at 6:45 PM

Post a Comment

jangan malu jangan segan...silalah sila komen...anda akan saya jejaki....

 

Copyright © ~♥~ kembara chynta kami ~♥~. Designed by Whitey Mommy