Thursday, January 16, 2020

Kembara Tanah Suci 2019 (Hari ke 9 di Madinah)



Assalamualaikum 


catatan hari ke 9 kami di Madinah
6 November 2019 (Rabu)
~ ziarah tempat bersejarah sekitar Bandar Madinah~
  • Masjid Quba (solat 2 rakaat dpt pahala umrah)
  • Masjid Qiblatain
  • Bukit Uhud
  • Masjid Tujuh
  • Ladang Kurma  









bersambung lagi kisah di hari 9 kami di madinah....sob sob sob sedihhh sbb kami bakal meninggalkan tanah suci..masa aku dlm multazam ari tu mmg dok ulang2 doa supaya di jemput lagi menjadi tetamu Allah...tu yg ku doa ulang2 byk kali....gambar di bawah suasana subuh di masjid nabawi....kami nak tgu payung2 terbukak...mase ni baru lepas subuh...jemaah start nak keluar utk balik...

kalo live cantik sgt2 tauuu suasana kat sini....langit jingga2 biru...


mase ni kaum2 lelaki boleh pergi perkuburan baqi utk uruskan jenazah yg ade lepas solat subuh jemaah utk hari tu....adik aku pergi ...perempuan tak boleh masuk just boleh tgk dari pagar je...untung betul kaum2 lelaki...jadi kalo ade peluang pergi laa masuk ....sini aku sharekan gambar2 yg adik aku snap di perkuburan baqi...bertuah insan2 terpilih yg dpt disemadikan di sini...dekat dgn Rasulullah saw, dekat dgn ahli keluarga Rasulullah saw, dekat dgn sahabat2 Rasulullah saw, dekat dengan pejuang2 islam ....Allahuakbar....perkuburan ini hanya dibuka selepas subuh hingga jam 8pg dan selepas asar hingga 30minit sebelum magrib...kalau korang nak pergi, pergi la waktu subuh..masyaAllah cantik sgt2 view nye....



Perkuburan Baqi' merupakan sebuah kawasan perkuburan bagi penduduk kota Madinah semenjak zaman Rasulullah SAW dan masih digunakan sehingga hari ini. Perkuburan Baqi' terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi dan dibina tembok yang tinggi di sekelilingnya. Ia hanya boleh di masuki/ziarah selepas solat Subuh hingga jam 8 pagi dan selepas solat Asar atau ketika ada jenazah yang hendak dikebumikan.
Ummul Mu'minin Zaiditina Aisyah meriwayatkan bahawa :
"Rasulullah SAW setiap kali malam giliran dengannya, Baginda SAW akan keluar lewat malam untuk menziarahi Perkuburan Baqi' lalu memberi salam dan memohon keampunan buat mereka yang dikebumikan di situ".
(Riyawat Muslim)

Perkuburan Baqi' merupakan makam bagi Ummahatul Mu'minin iaitu isteri-isteri Rasulullah SAW kecuali Saidatina Maimunah binti Al-Harith dan Saidatina Khadijah binti Khuwalid. Ia juga tempat bersemadinya semua puteri-puteri Rasulullah SAW. Putera Baginda iaitu Ibrahim ibn Muhammad dan cucu Baginda SAW, Hasan ibn Ali juga dikebumikan di Baqi'.
Selain itu, ramai dalam kalangan ahli keluarga Rasulullah SAW (Ahlul Bait) turut dikebumikan di Perkuburan Baqi'.

Al-Qadhi'Iyyadh meriwayatkan bahawa Malik ibn Anas iaitu Imam Ahli Madinah dan pengasas Mazhab Maliki berkata bahawa terdapat kira-kira 10 ribu orang sahabat yang meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Baqi'.

semua maqam di sini tidak bertanda, tak di tulis apa2 pun...hanya diletakkan batu nisan ajek...tapi batu nisan pun hanya menggunakan batu bukit...bukan mcm nisan kite berukir2 siap nama dan tarikh mati....aku tertanye2 jugak  mcm mane waris si mati nak kenal kubur saudara mara dieorg kan...ape susah, doa ajek dari luar kan..lepas tu doa ajek secara pukal utk semua di dlm perkuburan baqi....


cantik sgt2 suasana mase ni wehhh...langit jingga biru lepas tu berlatarbelakangkan cahaya lampu masjid nabawi... adik aku lame jugak kat sini dok merakam suasana...amik gambar..sampai die terlepas payung terbukak haahahah...sbb payung terbukak pukul 6.30am...tau2 je die dengar bunyi payung terbukak...nak lari tak dan dah.... aku sempat laa rakam payung terbukak tp ye laa aku rakam gune phone aje...adik aku gune gopro lagi cun laa kalo die yg rakam....


kami tgu payung terbukak..sambil2 tu berposing2 kenangan hehehehe....


Masjid Nabawi memiliki puluhan payung-payung gergasi yang menjadi mercu utama masjid tersebut. Payung-payung gergasi ini sangat unik dan cantik. Payung-payung gergasi ini dibangun atas kerjasama kerajaan Saudi Arabia dengan syarikat pembinaan terbesar di negara itu yang bernama Saudi Binladin Group yang mana turut bekerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara iaitu Jerman dan Jepun.

tuan empunya blog hihihi


tgh dok berposing2...tetibe kedengaran suara perempuan tegur aku.....hahahaahah jumpe lagi dgn hirda kat sini....kebetulan hirda pun solat kat luar...dok tgu jugak payung terbukak...tu terserempak tu....





eijaz with aunty hirda...die bukan nak kene pegang mcm tu...nak berlari sakan...tempat luas kan...mase ni plak jemaah dah tak ramai kat luar ni...mungkin ade yg balik hotel, ade yg ke raudhah....yg lelaki dah ke perkuburan baqi....


cantik langit mase ni wehhh....tak abis2 aku dgn langit cantik kan hahaahaha....teruje weh dgn view nye....


tgh borak2 dgn hirda tetibe dengar bunyi sesuatu...rupenye payung dah nak terbukak....




dalam 3-5 minit jugak laa payung nak berkembang habis....teruja tgk....bergambar dgn hirda lepas tu kami berpisah...jumpe kat malaysia laa pulak lepas nie....


tgk eijaz mengaruk tak mo kene dokong...die nak berlari hahahaah


lepas tu kami balik ke hotel utk sarapan....sebelum tu bagi kucing2 ni sarapan dulu....mmg aku akan bawak 2 pack makan kucing dlm beg setiap kali keluar....


mak dan abah tgh sarapan.... kat sini ari2 menu sarapan dgn lunch lebih kurang ajek...cume sarapan ade roti laaa..nasi + lauk + sup + keropok + buah + salad tu menu wajib...sup pasta selalu ade so senang nak suap eijaz...


lepas sarapan kami naik bilik...refresh ape yg patut...lepas tu turun balik ke lobi dlm pukul 8.30pg kami akan gerak utk ziarah sekitar madinah menaiki bas....kami di ingatkan oleh mutawif utk siap2 berwudhu dan jaga wudhu sebaiknya kerana nak rebut pahala bersolat di masjid quba dengan wudhu dari rumah....


aku suke betul bas2 kat sini....ade port utk usb...senang nak caj phone...power bank mmg tak gune sangat kat sini ....


destinasi kami adalah masjid quba....ramai jemaah umrah dari negara2 lain tak kan melepaskan peluang utk bersolat disini..kerana ganjaran pahalanya sgt2 besar....

Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.
Masjid Quba’ dibina pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi. Ia terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima kilometer dari Masjid Nabawi. Ia menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah.



kami berlatar belakangkan majid quba...

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad Saws.jpg kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut hadis dari Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah Saws.jpg pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
Telah diceritakan bahawa Nabi Saws.jpg menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.(Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi Saws.jpg bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. 


naik bas dpt roti dan teruskan perjalanan seterusnya....


kami singgah di ladang kurma....nampak ade van jual ais krim..so pekena aiskrim dulu di kala cuaca terik nieh....sedap wehh aiskrim mekah n madinah ni....


di ladang kurma fahad....aku masuk sekejap jek tgk2...lepas tu keluar balik...tak beli ape pun....sesak sgt dlmnyer....jubah yg jaja pakai ni aku beli 4 helai 100 riyal...


ni lah suasana dalam kedai kurma nie...siap ade host pegang mic mengalu2kan kedatangan jemaah2 dan siap bgtau boleh makan ape saje sampai kenyang hahahaah...tapi kene la belikan...


aku tgk ade jemaah tu kemain makan dgn sakan...siap bukak kotak2 coklat yg baru lagi....makan free la tu...tpi bukan jemaah dari malaysia ....aku mcm serba salah nak makan2 free tapi tak beli nie...melainkan org kedai tu sendiri hulur dan cakap halal....halal tu maksudnye free laaa...


sesak dlm ni...aku tak lame pun...masuk..amik2 gambar terus keluar...ni pun gambar adik aku yg snap...aku tak gamak nak bersesak2 lame... aku tak beli ape tp aku beli jubah dayyan 15 riyal sehelai kat luar ladang nie...aku beli 3 lai...


lepas tu kami naik bas balik dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu di bukit uhud atau jabal uhud...di sini mutawif kami memimpin bacaan doa utk para syuhada yg syahid ketika perang uhud yg dimaqamkan kan di sini....belakang tu adalah kawasan maqam para syuhada...

Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحدĠazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.
Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya. [perlu rujukan] Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.

anak2 dare lieyalatif...


geng2 budak lelaki dlm jemaah kami...


Jabal Uhud adalah Jabal yang terpanjang di madinah, memiliki banyak bukit, letaknya didalam batas tanah Madinah sebelah utara yang membentang dari timur hingga barat. Kini telah dibuka Jln. Malik Fahd ibn Abdul Aziz dari Masjid Nabawi menuju Jabal Uhud dan makam Syuhada (didekat Uhud).
Sabda Rasulullah SAW mengenai Jabal Uhud
Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di surga'," demikian hadis yang dirawikan HR Bukhari.
Rasulullah SAW bersama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA, dan Sayyidina Usman bin Affan RA. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.
Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, "Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya." Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
Syuhada Uhud
Jabal Uhud ini menjadi saksi para Syuhada Uhud yang syahid di peperangan Uhud. Nabi ﷺ memerintahkan agar para syuhada’ Uhud dimakamkan di lapangan tempat terjadinya pertempuran, dimana dua atau tiga orang dikubur dalam satu liang. Kuburan ini dekat dengan jabal Rumat, dan menziarahinya adalah sunnah.



lepas tu kami di beri masa utk melawat kedai2 yg ada di sini....kat sini aku beli tasbih , kurma ngan mainan eijaz hahaahah



delima di madinah...


tgk la tu...siap terduduk pilih sendiri mainan die hahaahaha...rasenye pasar malam kat malaysia pun ade...nak jugak beli yg ni...jenuh laa nak susun masuk luggage...tp sebenarnye bahaya jugak aku beli mainan tembak2 mcm ni...takut tak lepas je kat airport mase scan imigresen....tp mujur lepas sbb aku balut2 dgn baju kot...


pastu nampak van aiskrim...maka beli lagi aiskrim hahahah..panas2 ni nikmat die tak boleh diucap dgn kate2 bile mkn aiskrim ni weyyy...


aiskrim di jabal uhud...5 riyal secawan...


lepas tu kami gerak balik ke hotel menaiki bas...dlm perjalanan mutawif tunjukkan masjid tujuh dan masjid qiblatain...lepas tu kami solay zuhur di masjid nabawi....biasenye lepas abis solat zuhur, kat area depan hotel aku ni akan ade org sedekah nasi tau.... yg lawaknye damia selambe je pi q amik jugak hahaahahaha..die kate rugi tak amik mama sbb sedap dan halaaaalll (sambil ajuk pak arab ckp halaaalll hallaaaallll hahahaah)


ptg tu plan ngan adik aku nak jalan2 melontar riyal .... budak2 tak mo ikut so dok le dlm bilik main wifi korang...kami jalan2 pi kedal2 dlm mall keluar gate 18 tu....lepas tu pi bindawood....aku suke tgk jus2 kat bindawood nie....

kemain masing2 sakan soping ...


tgh jalan2 terjumpe rakan sekerja husben...so bergambar kenangan kejap...ramai gak geng kerja laki aku jumpe kat sini ....


mencari sejadah raudhah ....beli 3 helai...


aku plak mmg nak cari replika menara jam dengan kaabah utk kenangan2 aku....


utk kaabah dpt rega 50riyal...yg menara jam tu 35riyal...


menara jam ni best tau sbb ade lampu2 sebijik mcm menara jam mekah real punye...jam pun berfungsi baik...


lg 15 minit nak masuk waktu asar, perlahan lampu mall dan kedai2 jadi malap dan get ready nak tutup...tutup kejap ajek utk solat...kebetulan kiteorg pun dah settle soping so kiteorg pun gerak balik...


solat asar jemaah dulu baru teruskan balik ke hotel....


lepas tu rehat2 kat bilik..dan get ready utk magrib dan isyak....plan mlm ni tak mo mkn kat hotel..nak tapau something....


org kate kene try hardees... burger die sedap giler...so kami pun tapau hardees mlm tu....






beli 4 set burger yg berlainan....


gilerrr sedapppp rupeeeenyerrrr burger2 hardees nie....tp yg paling sedap angus thickburger tu ....semua dok tumpang gigit burger aku lebih2 haahahaha....seb baik aku bawak stok cili sos byk2...mmg bertambah2 sedap mkn dgn sos cili huhuhu....lepas mkn kenyang2..kami bersiap2 plak nak masjid nabawi...mlm ni kami akan masuk raudhah...


jemaah yg join masuk raudhah lagi mlm ni.....alhamdulillah byk kali mutawif/mutawiffah nak bawak ....nak pergi sendiri bile2 pun boleh....tp dah alang2 ustaz ngan ustazah ajak pi sekali kite polo le kan...


jemaah wanita yg dah get ready nak masuk raudhah mlm nie.... memandangkan laki aku dah byk kali masuk raudhah so mlm ni die jaga eijaz sbb nak bagi peluang aku pi raudhah....dah plan dgn die ape2 hal tgu hotel terus...takut lambat ke cepat ke urusan kat rauhah kite tak tau kan....


jaja, kakcik (makngah budak2 nie), aku dan mia....


mudah-mudahan urusan kami masuk raudhah dipermudahkan....aku first time nak masuk mlm ni...jemaah yg lain dah 2-3 kali kot masuk dgn ustazah...yg pergi sendiri lagi laa byk kali ....


mak ngah budak2 ni sebenarnye baru jugak pi umrah sebelum pi umrah yg nie....so byk laa die tau ...ikut die laa dpt solat kat saf depan dlm raudhah....kalo ikut ustazah kami asalkan dlm raudhah tu dah kire okey...tp ye laa dah alang2 sampai sane tu usahakan jugak laa dpt solat di tiang2 yg diperkatakan org...raudhah sekarang semua berkarpet hijau...tak mcm dulu2 ade hijau dan merah yg menandakan dah masuk kawasan yg dikatakan raudhah....


tgu ya Rasulullah saw kami dtg dekat padaMU...


masuk pintu 25 utk ke raudhah....


utk tips2 masuk ke raudhah byk dah kat google...ade yg kate menyamar mcm mak arab masuk same2 dgn group mereka so dpt turn cepat....mcm aku sendiri amik pendekatan utk ikut cara halal hahahaah...maksud aku ikut je by group yg telah ditetapkan....takyah nak menyeksa diri sendiri dan menyusahkan org lain...tu aku yeeee.... aku x ckp pun salah care yg menyamar mcm mak arab tu....cume terpulang pada pendapat dan keupayaan diri sendiri nak buat mcm mane....


ade 1 kubah dlm masjid nabawi ni bile start waktu dhuha akan terbuka perlahan2....cantik subhanallah!!! dlm pukul 6pg kubah ini akan terbukak perlahan2...kalo dpt peluang korang tgu laa saat nie.... video yg aku share kat bawah ni hirda yg snap....



alhamdulillah tak ramai sgt org dlm raudhah.... kawasan menunggu pun tak ramai.... kami terus je masuk ke laluan utk masuk ke raudhah...takde pun perlu tgu batch by batch.... tp aku perasan mutawifah aku bercakap something dgn polis arab tu...then kami masuk ikut laluan wheelchair....terus jek sampai kawasan dalam raudhah...alhamdulillah...rupenye ustazah bagitau..die saje try minta masuk ikut laluan wheelchair dan polis tu bagi sbb di kawasan wheelchair org tak ramai...so mmg laju laaaa perjalanan kami....lepas tu ustazah cari satu port utk semua jemaah boleh solat dan berdoa...adik ipar aku mintak kebenaran dgn ustazah utk gerak sendiri ...ustazah bagi dgn syarat jaga diri jgn berebut2....so kami gerak sendiri...sbb kami nak solat betul2 saf depan di raudhah....nak paling dekat dgn makam Rasulullah saw kalo boleh...sbb mcm syg dah sampai sini tp tak cube utk dptkan saf depan....tp nak ke saf depan bukan mudah yeeee kawan2....mcm mane susahnye nak cium hajar aswad mcm tu leee susahnye nak cube selit ke saf depan....kami usahakan slow mengikut arus pergerakan jemaah lain...lepas tu berpakat dgn ade 2 org geng indonesia utk buat benteng dan jaga mase turn masing2 solat....



dan alhamdulillah ya Allah kami dpt solat di saf depan raudhah...paling dekat dengan Rasulullah utk kawasan raudhah wanita....terima kasih ya Allah kau bagi peluang nie...memudahkan pergerakan kami....so aku gilir2...mule adik ipar aku ngan aku solat dulu....buat lah solat2 sunat yg berkesempatan nak buat mcm solat taubat, solat hajat...lepas tu berdoa lah...tp jgn ambil mase yg lame..ingat org belakang sikit....sian org belakang lame jadi benteng pertahanan hahahaahah....


lepas tu bagi can mia dan jaja plak solat .... aku dgn mak ngah budak2 ni plak berdiri dan jadi benteng plak...time ni aku amik kesempatan utk berdoa sambil berdiri ....aku mintak byk kali utk dipanggil lagi jadi tetamuNYA...itu yg penting...mane2 yg tak sempat buat ziarah kalini akan ade peluang utk buat umrah akan datang...puas haa mia dan jaja solat di saf depan raudhah.....sebelah dieorg jemaah indon mak dan anak...kiteorg dok pakat same2 laa jaga dan jadi benteng hahaahah....lepas dah siap semua kami gerak ke belakang...kami tak balik terus.... ambil 1 port dan terus menadah tangan dan berdoa dan terus berdoa...moga Allah angkat doa2 kami di taman raudhah ini...


kisah laki aku plak mase aku kat raudhah...ingat kan balik bilik ...rupenye die pun masuk raudhah....lelaki senang takde rebut2 mcm kawasan perempuan.... kebetulan plak bawak eijaz, laki aku tunjuk eijaz kat polis arab, polis tu terus suruh laki aku terus ke saf depan....cehhhh bertuahhhhhh betul....



hamik ko...terus depan2 hah dpt....laluan special lagi....


belah perempuan kawasan makam ditutup kanvas so tak nampak ape....kawasan lelaki untung boleh tgk seindah2 nya kawasan makam Rasulullah saw....






Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk di depan Rasulullah dan dia berkata,
يا رسولَ اللهِ، هذا السَّلامُ عليك قد عرَفناه ، فكيف الصَّلاةُ عليك ، قال : قولوا اللَّهمَّ صَلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ كما صلَّيْتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ إنَّك حميدٌ مَجيدٌ ، وبارِكْ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ كما باركْتَ على إبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ إنَّك حميدٌ مَجيدٌ
“Wahai Rasulullah. Adapun tentang memberi salam ke atasmu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atasmu? Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: (Allaahumma salli ‘alaa Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kamaa sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



selesai urusan di raudhah kami balik ke hotel.... rehat2 dan menantikan perjalanan utk hari esok.... harini langkah aku byk betul ...ye laa langkah pi soping hahahahaah....sampai 500 kalori terbakar ko...
ok korang jumpe lagi di entry akan datang....





3 celoteh sahabat

tak terkata aku baca lieya, sebak sedar-sedar menitis air mata baca kisah di raudhah tu... moga satu hari nanti aku dapat ke sana juga

January 16, 2020 at 11:18 AM

Ya ALLAH ..jemputlah aku ke rumah mu .. aminnnnn

January 16, 2020 at 1:07 PM

waalaikumussalam. doakan semoga saya juga akan dapat sampai ke sana juga satu hari nanti sebelum ajal tiba menjemput nyawa ini T_T

January 16, 2020 at 2:58 PM

Post a Comment

jangan malu jangan segan...silalah sila komen...anda akan saya jejaki....

 

Copyright © ~♥~ kembara chynta kami ~♥~. Designed by Whitey Mommy